Social Icons

Sample Text

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

INFORMASI SEKOLAH

http://www.smksungaiara.edu.my/wp-content/uploads/Hari-Raya-Aidilfitri.png

KHAS BUAT SEMUA..

DARI KAMI WARGA SK LEFTENAN ADNAN..

SISTEM PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN ONLINE 2015 SECARA ONLINE (e-SSeM)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan sistem permohonan secara online (e-SSem) ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk sesi persekolahan 2015.
 
Untuk makluman semua, permohonan ini boleh didaftarkan secara online melalui sistem ‘e-SSeM’ yang akan dipautkan di laman web KPM (www.moe.gov.my) bermula 26 Mei 2014. Permohonan akan dibuka sehingga 5 September 2014.
 
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :-
1. Warganegara Malaysia
2. Murid yang berada di Tahun 6 pada 2014 dan Tingkatan 1 pada tahun 2015.
3. Mempunyai bakat, minat dan kemahiran dalam bidang yang dipohon (Tari/Visual/Teater/Muzik).
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai di BKK, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pn. Zuraini bt Abu Hassan di talian 03-88721620. Pegawai di Jabatan Pendidikan Selangor yang boleh dihubungi ialah Pn Siti Dewi Marshitah bt Ismail di talian 03-55138242.
 
Sekian terima kasih.

MEMOHON SUMBANGAN DERMA SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 1435

Untuk makluman, sempena bulan ramadhan ini pihak sekolah di bawah Unit Kebajikan Murid menganjurkan kutipan derma kepada anak-anak yatim, miskin dan murid-murid sekolah ini agar mereka dapat merayakan Aidil Fitri dengan lebih meriah.
Justeru itu, pihak sekolah amat mengharapkan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan bagi menjayakan program ini.
Sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada guru kelas selewat-lewatnya sebelum atau pada 18 Julai 2014.
 
Semoga dengan sumbangan ikhlas daripada tuan/puan, Allah akan membalas dengan ganjaran yang berganda. Amin.
 
 
Blogger Templates