Social Icons

Sample Text

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

INFORMASI SEKOLAH

SISTEM PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN ONLINE 2015 SECARA ONLINE (e-SSeM)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan sistem permohonan secara online (e-SSem) ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk sesi persekolahan 2015.
 
Untuk makluman semua, permohonan ini boleh didaftarkan secara online melalui sistem ‘e-SSeM’ yang akan dipautkan di laman web KPM (www.moe.gov.my) bermula 26 Mei 2014. Permohonan akan dibuka sehingga 5 September 2014.
 
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :-
1. Warganegara Malaysia
2. Murid yang berada di Tahun 6 pada 2014 dan Tingkatan 1 pada tahun 2015.
3. Mempunyai bakat, minat dan kemahiran dalam bidang yang dipohon (Tari/Visual/Teater/Muzik).
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai di BKK, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pn. Zuraini bt Abu Hassan di talian 03-88721620. Pegawai di Jabatan Pendidikan Selangor yang boleh dihubungi ialah Pn Siti Dewi Marshitah bt Ismail di talian 03-55138242.
 
Sekian terima kasih.
 
 
Blogger Templates