![]() |
| KHAS BUAT SEMUA.. DARI KAMI WARGA SK LEFTENAN ADNAN.. |
INFORMASI SEKOLAH
SISTEM PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN ONLINE 2015 SECARA ONLINE (e-SSeM)
| Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan sistem permohonan secara online (e-SSem) ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk sesi persekolahan 2015. |
| Untuk makluman semua, permohonan ini boleh didaftarkan secara online melalui sistem ‘e-SSeM’ yang akan dipautkan di laman web KPM (www.moe.gov.my) bermula 26 Mei 2014. Permohonan akan dibuka sehingga 5 September 2014. |
| Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :- |
| 1. Warganegara Malaysia |
| 2. Murid yang berada di Tahun 6 pada 2014 dan Tingkatan 1 pada tahun 2015. |
| 3. Mempunyai bakat, minat dan kemahiran dalam bidang yang dipohon (Tari/Visual/Teater/Muzik). |
| Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai di BKK, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pn. Zuraini bt Abu Hassan di talian 03-88721620. Pegawai di Jabatan Pendidikan Selangor yang boleh dihubungi ialah Pn Siti Dewi Marshitah bt Ismail di talian 03-55138242. |
| Sekian terima kasih. |
MEMOHON SUMBANGAN DERMA SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 1435
| Untuk makluman, sempena bulan ramadhan ini pihak sekolah di bawah Unit Kebajikan Murid menganjurkan kutipan derma kepada anak-anak yatim, miskin dan murid-murid sekolah ini agar mereka dapat merayakan Aidil Fitri dengan lebih meriah. |
| Justeru itu, pihak sekolah amat mengharapkan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan bagi menjayakan program ini. |
| Sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada guru kelas selewat-lewatnya sebelum atau pada 18 Julai 2014. |
| Semoga dengan sumbangan ikhlas daripada tuan/puan, Allah akan membalas dengan ganjaran yang berganda. Amin. |
Subscribe to:
Comments (Atom)
