Sample Text

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

INFORMASI SEKOLAH

Info SK Leftenan Adnan terkini 2016

Sunday, November 8, 2009

KISAH RASUL: JADI RASUL KETIKA 40 TAHUN

NABI s.a.w mendapat wahyu pertama pada malam 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 Masihi ketika bertahannus di Gua Hira. Datang Jibril membawa tulisan

dan meminta Nabi s.a.w membacanya, tetapi baginda mengatakan tidak dapat membaca beberapa kali

.

 

 

 

 

 

    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan

. Ia

mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-’Alaq:1-5)…… Selanjutnya…. B&K

Thursday, November 5, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

   

 

 

GURU SK LEFTENAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN. SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN ANDA SEMUA. 

GOOD LUCK.

Wednesday, November 4, 2009

WINDOWS SEVEN 7

Era ict kini kian bercambah dan bertambah setiap detik dan saat pasti ada sahaja teknologi baru. Belum sempat yang lama kita guna dan fahami telah pun muncul yang baru. Namun kita sebagai pengguna kenalah bijak memilih. Bagi Sir Mie… Sir Mie telah pun menggunakan windows 7 RTM sejak ia dikeluarkan. Banyak faedah dan user friendly di dalamnya. Antaranya sistem boot anda akan lebih cepat berbanding yang lain. Interface yang ringan dan modern. Capaian kepada files dengan pantas. Pencarian driver bagi hardware bertambah senang spt printer. Hanya online sahaja. Melayari internet bertambah pantas. Jadi tunggu apa lagi!!! beralihlah kepada WINDOW 7. Tak cuba tak tahu….. Kena ikut perkembangan semasa. Baru up to date.

Tuesday, November 3, 2009

APA ITU FACEBOOK?

Bila memperkatakan tentang teknologi pastinya akan ada sentiasa yang baru di dalam dunia internet ini. Hinggakan kita tidak dapat mengira di hujung jari.

Akhir-akhir ini FACEBOOK kian popular di Malaysia dan mendapat sambutan hangat tak kira di mana-mana sahaja. Kedai kopi, sekolah, pejabat malah di rumah Facebook menjadi tempat bersosial ketika ini.

FACEBOOK atau nama glamour FB merupakan salah satu website sosial secara online melalui internet yang mana kita dapat membentuk komuniti dan mengundang kawan-kawan untuk menyertainya. Dengan komuniti yang kita bentuk, kita dapat mengikuti perkembangan semasa kawan-kawan, berkongsi gambar, cerita, video dan sebagainya. Malahan ia juga menjadi platform kepada reunion sekolah, kawan-kawan lama untuk berjumpa kembali.

Facebook kini lebih canggih dengan pelbagai aplikasi. Cubalah… BIAR RAMAI KAWAN… Banyak juga ilmu kita boleh manfaatkan.

Monday, November 2, 2009

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BERCERITA TAHUN 3

BIL NAMA PESERTA KEDUDUKAN
1. KHAIRUN AIDA WAHIDA BT. KHAIRUN ANWAR PERTAMA
2. ALIAH BT. AZMI KEDUA
3. ISKANDAR B. MOHD. JAILANI KETIGA
4. MOHD. TAUFIK B. MOHD. ZAID6.I KEEMPAT
5. MOHD. ALIF ZAHRIN B. ZAINAL ABIDIN KELIMA
6. MOHD. ALIF NAIM B. HAMDON KEENAM
7. FATIN FARHANA BT. ZULFAHMY KETUJUH
8. MOHD. FADZLI B. KALA KELAPAN
9. WAN HANIFF FAISAL B. SUHAIMI KESEMBILAN
10. FADHILAH BT. KHAIRUN IZAM KESEPULUH

Friday, October 30, 2009

CARA TERPANTAS UPDATE BLOG ANDA!!!

  1. Gunakan Window Live Writer.
  2. Anda pasti terpesona.
  3. Bukan upload gambar sahaja senang dan pantas malah anda boleh membuat posting dengan lancar tanpa gangguan.
  4. Dalam WLW ini anda akan dapati pelbagai cara, teknologi yang canggih untuk membuat posting ke dalam blog anda.
  5. Mudah sahaja. Download dan install WLW secara online. Pastikan anda mengikuti kriteria installer.
  6. Pastikan bagi memudahkan anda upload gambar… install juga SOFTWARE PICASA.
  7. PICASA ini juga canggih kerana boleh mencari seluruh gambar di dalam komputer anda dalam sekelip mata.
  8. Ianya juga boleh mengecam gambar muka yang sama.
  9. Anda juga boleh letakkan nama dan tag kepadanya.
  10. Simple editing juga disediakan.
  11. Pelbagai aplikasi online diintegrasikan kepadanya.
  12. Sir Mie baru sahaja jumpa dua software ini walaupun ianya telah digunakan lama dahulu.
  13. Hari ini sahaja beberapa posting Sir Mie telah lakukan. Ianya untuk memastikan Software ini betul-betul berfaedah untuk anda semua.
  14. Mungkin selepas ini anda akan seronok membuat posting kerana mudah tanpa log in ke dalam BLOGGER anda.
  15. CUBALAH… BELUM CUBA BELUM TAHU.
  16. Sir Mie dah cuba.
  17. CANGGIH…… FIRST CLASS. Thumbsup

KATA KATA HIKMAT

tick.gifTuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China – maksud Hadith

tick.gif” Bangsa yang banyak menulis membuktikan mereka wujud dan berfikir. Tanpa banyak buku dan banyak berfikir, kita akan menjadi satu bangsa yang boleh dimainkan zaman dan diktator yang pandai membaca akal orang,” – Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Salleh

tick.gifApa yang dilakukan pada waktu kerja menentukan apa yang kita miliki dan apa yang dilakukan pada waktu santai menentukan siapa diri kita – George Eastman

tick.gifTiap-tiap hal yang tidak disertakan dengan tanggungjawab tidak akan mutlak dari segi hakikat – Tun Hussien Onn

tick.gifSeseorang yang mampu menguasai masanya mampu menguasai segala apa yang dilakukannya – Bernard Baruch

tick.gifKejayaan adalah hasil daripada kerja keras dan belajar dari kegagalan – Collin Powell

tick.gifJika anda tidak pernah gagal bermakna anda tidak pernah cuba apa-apa – Woody Allen

TILE-Gx100, Processor 100 Core Pertama di Dunia

Manufacturer processor Tilera telah mengumumkan processor 100 core pertama di dunia, dengan desain yang diharapkan dapat menambah performance computing lebih tinggi. Tilera mengatakan bahwa hardware processor TILE-Gx100 terbaru miliknya tersebut 4 kali lebih cepat dibandingkan processor apapun di pasaran dan memiliki performance 10 kali per wattnya. Processor TILE-Gx100 ini benar-benar mendapatkan penghargaan teknologi terbaru, menurut CEO Tilera, Omid Tahernia.
Konsumen dapat mengganti semua board yang menggunakan lusinan atau lebih chip dengan hanya satu processor milik Tilera, TILE-Gx100. Menurut Tahernia, ketika semua chip diganti, maka akan membuat arsitektur motherboard lebih sederhana, mengurangi biaya, mengurangi konsumsi energy, dan menghemat area board PC.
Sementara Intel dan AMD telah membangun sejumlah kecil core yang powerful, desain processor Tilera TILE-Gx100 ini berbasis pada jaringan lebih besar dan power bertenagan rendah untuk membuat setiap chip dapat berbagi resource dengan yang lainnya dan mengurangi power yang dibutuhkan. Dalam sejarah microprocessor, terdapat hal signifikan dalam hal computing, seperti clock speed single core telah tergantikan dengan multicore, menurut Sergis Mushell, anails Gartner.
TILE-Gx100 40nm tersebut akan hadir di pertengahan tahun 2011, dan ditujukan untuk aplikasi menambah performance aplikasi web dan system pencarian.

SEKOLAH KEBANGSAAN LEFTENAN ADNAN

SKLA KINI KE ARAH ERA ICT 2009

Sekolah Leftenan Adnan kini ke arah Era ICT. Sejak kebelakangan ini. SKLA kian mengadakan ilmu ICT kepada seluruh warga sekolah. Baru-baru ini, bengkel membuat blog masing-masing telah pun dijalankan. Facebook juga kian menular di kalangan guru dan murid bagi perkongsian ilmu dan kehidupan. Semoga apa jua usaha kita laksanakan ianya untuk perpaduan kita dan kemajuan SKLA menuju kecemerlangan.

smile_wink

SKLA MENYOKONG SATU MALAYSIA

Semangat Satu Malaysia kini hebat diperkatakan. Apa pun cara dan sistemnya ianya adalah satu usaha ke arah keamanan Malaysia. Sesungguhnya hidup dalam aman, bebas, terjamin adalah satu anugerah tuhan yang tidak sepatutnya dicemari oleh unsur keganasan. Semoga usaha ini akan berterusan dan berjaya memupuk semangat perpaduan di kalangan seluruh rakyat Malaysia. WARGA SKLA khususnya, peliharalah sekolah kesayangan kita dengan perpaduan yang mantap agar nama sekolah seiring dan gah sepertimana namanya. smile_shadesInsyaallah.

fingerscrossedBERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOHfingerscrossed

Thursday, October 29, 2009

PROGRAM KECEMERLANGAN PRA UPSR 2010

Penerapan ilmu dan teknik belajar berkesan amatlah penting di ketahui dan difahami oleh pelajar untuk melahirkan pelajar cemerlang. Pelajar juga perlu menghayati cara hidup islam yang syumul untuk pembentukan sahsiah pelajar islam yang sebenar bagi tujuan memantapkan lagi akhlak dan keperibadian murid untuk menghadapi kehidupan seharian dan perkembangan akademik yang cemerlang. Melalui pendedahan ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial terutama sekali dalam bidang akademik serta sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

Tarikh : 31 OKTOBER 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan SK Leftenan Adnan
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling

(Untuk maklumat lanjut sila pergi pada MENU - B.K)

Thursday, October 22, 2009

HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Dimaklumkan majlis akan diadakan pada :-

Tarikh : 23 Oktober 2009
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Semua murid sesi petang akan datang pada sesi pagi dengan berpakaian seragam sekolah.

(Untuk maklumat lanjut sila pergi pada MENU-HEM)

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Unit Koko SKLA menganjurkan perkhemahan unit beruniform bagi menggalakkan murid-murid SKLA melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Aktiviti ini memberi peluang untuk murid-murid menonjolkan kebolehan masing-masing di samping menambah pengalaman diri.

Tarikh : 23 & 24 Oktober 2009
Hari :
Jumaat dan sabtu
Masa : 3.00 petang (pendaftaran)
Tempat :
S.K Leftenan Adnan
Sasaran : Murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6)

(Untuk maklumat lanjut sila pergi pada MENU - KOKO)

Tuesday, October 6, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE 4

APLIKASI ICT DALAM P&P.

Latihan dalam perkhidmatan atau LADAP adalah bertujuan untuk mempelbagaikan kemahiran di dalam bidang pendidikan khususnya bagi guru-guru dan amnya warga sekolah. Bagi menjayakan latihan ini, unit ICT SKLA membuka peluang kepada guru-guru untuk mempelajari dan mendalami ilmu berkaiutan ICT.


Tarikh : 7 & 8 Oktober 2009
Tempat : Makmal Komputer 2 SKLA

Masa : 9 a.m - 12 p.m (sesi 1) 1.30 p.m - 4.30 p.m (sesi 2)


(untuk maklumat lanjut sila pergi pada MENU - LADAP)

Monday, October 5, 2009

PROGRAM RIMUP TAHUN 2009

Rancangan Integrasi Murid-murid Untuk Perpaduan atau RIMUP adalah satu program yang menggabungkan 3 buah sekolah iaitu SJK(C) Sungai Chua, SK Leftenan Adnan dan SK Sungai Ramal Dalam.

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari.
Tempat :
Dewan SK Leftenan Adnan

Padang SK Leftenan Adnan


(Untuk maklumat lanjut sila pergi pada MENU - HEM)
 

PENGIKUT

BILANGAN PENONTON

Blog Archive

Popular Posts

 
Blogger Templates