Assalamua'laikum dan salam sejahtera.
Makluman dari Unit Hal Ehwal Murid SK Leftenan Adnan.
PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2018 / 2019
Tarikh : Bermula 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017
Tatacara mendaftar :-
1. Daftar secara online. Klik sini PENDAFTARAN TAHUN 1
2. Maklumat perlu dicetak setelah siap diisi. Bawa ke pejabat sekolah beserta dokumen lengkap seperti di bawah :
a) Asal dan Salinan Sijil Lahir murid
b) Salinan kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga
c) Salinan sijil nikah / sijil cerai / kematian (ibu bapa)
d) Salinan bil utiliti (Elektrik / Air / Telefon)
e) Salinan Laporan Doktor (untuk OKU)
f) Sampul surat (4x9) beralamat sendiri sebanyak 2 keping
g) Setem (RM0.80) sebanyak 2 keping
Sekian untuk makluman. Terima kasih.