UJIAN DIAGNOSTIK, PROGRAM ORIENTASI DAN TRANSISI TAHUN 1, 2017
- Sehubungan dengan itu tuan / puan bersama anak dikehendaki hadir pada Ujian Diagnostik dan Hari Orientasi Tahun 1, 2017 seperti ketetapan berikut :-
Perkara : Ujian
Diagnostik
Tarikh : 26
November 2016 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 11.00 pagi
Pakaian : Bebas
dan Kemas ( Murid, ibu bapa / penjaga berpakaian kemas)
Tempat : Kelas
Tahun 1
Alatan : Bawa
alat tulis dan alatan mewarna
- Makluman tuan / puan murid akan berada di dalam kelas mengikut nama yang ditampal di pintu-pintu kelas untuk menjalankan Ujian Diagnostik.
Perkara : Hari
Orientasi dan Taklimat Tahun 1
Tarikh : 31
Disember 2016 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi
Pakaian : Baju
sekolah lengkap ( Murid )
Ibu bapa / penjaga berpakaian
kemas
Tempat : Kelas
Tahun 1 ( Murid )
Dewan
Ijtihad ( Ibu bapa / penjaga )
Alatan : Bawa
alat tulis dan alatan mewarna ( Murid )
- Hari Orientasi dan Taklimat Tahun 1, murid-murid akan berada di dalam kelas (rujuk nama yang ditampal di pintu-pintu kelas). Ibu bapa / penjaga berada di dewan untuk taklimat Program Orientasi / Transisi Tahun 1, 2017 dan urusan bayaran tambahan.
- Sila lihat borang senarai bayaran tambahan dan borang tempahan nama kain. Sila kembalikan borang tersebut pada 31 Disember 2016 (Sabtu - Hari Orientasi dan Taklimat Tahun 1).
WAKTU PERSEKOLAHAN TAHUN 1, 2017
- Jadual Persekolahan
Isnin – Khamis 1.10 – 6.30 2.40
– 3.00
Jumaat 2.10
– 6.00 3.40
– 4.00
- Tuan / Puan dilarang berada di dalam / di luar kelas atau berhampiran dengan kelas di sepanjang waktu persekolahan.
- Tuan / Puan boleh menunggu anak jagaan tuan / puan di kantin sekolah.
- Sebarang masalah yang timbul hendaklah dirujuk ke Pejabat Sekolah. Dapatkan keizinan daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum berjumpa dengan guru kelas.
Kerjasama dan keprihatinan tuan / puan
amat diharapkan bagi melancarkan pengurusan sekolah.
Sekian
untuk perhatian dan tindakan tuan / puan.