Yang dihormati, Semua Ibu bapa & Penjaga Murid / Kelas Pra Tuan / Puan, Dengan hormatnya perkara-perkara berikut disampaikan untuk makluman dan tindakan tuan/puan. 1) Waktu Persekolahan Semasa Bulan Ramadhan :-
Sepanjang bulan Ramadhan mulai 18 Jun 2015 ( Khamis ) Sesi persekolahan adalah seperti berikut :- Tahap 1 ( 1, 2 & 3 ) - 1.00 - 5.30 ptg ( Isnin – Khamis ) 2.00 - 5.30 ptg ( Jumaat ) Tahap 2 ( 4, 5 & 6 ) - 7.30 - 1.00 ptg ( Isnin – Khamis ) 7.30 - 12.30 tgh ( Jumaat ) 2) Sepanjang bulan Ramadhan kantin akan ditutup. Bagi murid yang bukan beragama Islam dinasihatkan membawa makanan sendiri dari rumah. 3) Program Tasmik & GROW ditangguhkan bermula Rabu ( 17/6/2015 ) sehingga akhir Ramadhan. 4) Mohon kerjasama ibubapa memastikan anak hadir ke sekolah dan menepati masa yang telah ditetapkan. 5) Hari Bicara Akademik Sesi 2015 akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 20 JUN 2015 ( Sabtu ) Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh Tempat : Dewan dan Serambi PIBG Pakaian : Kemas dan sopan Murid tidak perlu hadir.
Diharapkan tuan / puan menjadikan kehadiran ke Hari Bicara Akademik ini satu perkara yang sangat penting dalam pembelajaran anak-anak.
Sekian. Terima kasih. |