Social Icons

Sample Text

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

INFORMASI SEKOLAH

PERMOHONAN KEMASUKAN AWAL TAHUN 1 (KOHORT KELAHIRAN 2.1.2016 – 15.1.2016) UNTUK KEMASUKAN KE TAHUN 1/2022

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera

PERMOHONAN KEMASUKAN AWAL TAHUN 1 (KOHORT KELAHIRAN 2.1.2016 – 15.1.2016) UNTUK KEMASUKAN KE TAHUN 1/2022
Tarikh Permohonan : OGOS 2021 – 20 SEPTEMBER 2021
Syarat dan Kelayakan Permohonan
i. Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang lahir pada 2 JANUARI 2016 – 15 JANUARI 2016 sahaja. (berdasarkan AKTA yang berkuatkuasa)
ii. Telah membuat permohonan Pendaftaran Tahun 1/2023 ke SEKOLAH KERAJAAN secara atas talian di www.public.moe.gov.my (Permohonan Online Tahun 1).
iii. Mengikuti PraSekolah/Tadika
Kaedah Permohonan:
i. Muat turun borang permohonan (Borang PMA 01) di laman sesawang Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
ii. Isi borang dengan BETUL dan LENGKAP. Pastikan semua dokumen yang diperlukan seperti dinyatakan dalam senarai semak dilampirkan bersama-sama permohonan. Pelaporan dari PraSekolah/Tadika WAJIB mendapat pengesahan.
iii. Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar terus ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (UNIT PRASEKOLAH & RENDAH);
atau,
diemelkan ke ranjeeta@moe.gov.my
HANYA PERMOHONAN YANG LENGKAP AKAN DIPROSES.
iv. Pastikan permohonan dihantar DALAM TEMPOH PERMOHONAN sahaja. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN / DIPROSES
Proses Pemilihan / Kelulusan Permohonan Kemasukan Awal:
i. Permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria akan diproses. CALON akan dihubungi oleh pihak JABATAN PENDIDIKAN NEGERI. SURAT PANGGILAN untuk menduduki SARINGAN BERTULIS akan dihantar kepada CALON yang layak.
ii. CALON perlu hadir dan MENDUDUKI SARINGAN BERTULIS di pusat saringan yang ditetapkan. Calon juga hendaklah MEMBAWA DOKUMEN ASAL serta SALINAN DOKUMEN seperti dinyatakan dalam SURAT PANGGILAN termasuk SURAT PANGGILAN ASAL (HARD COPY) semasa menghadiri saringan tersebut. Kegagalan mengemukakan dokumen yang diperlukan boleh mengakibatkan pemohon TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki saringan tersebut.
iii. CALON yang LULUS SARINGAN BERTULIS SAHAJA akan dipanggil untuk menduduki SARING
 
 
Blogger Templates