Social Icons

Sample Text

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

INFORMASI SEKOLAH

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SK LEFTENAN ADNAN SESI 2022

 Assalamua'laikum dan salam sejahtera.


MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SK LEFTENAN ADNAN SESI 2022

1. Tarikh akhir PERMOHONAN ATAS TALIAN (online) adalah pada 31 Mei 2021 manakala PERMOHONAN SECARA MANUAL adalah pada 30 Jun 2021. Borang isian secara online perlu dicetak dan diserah manakala borang yang diisi secara manual dilengkapkan dan diserah juga ke sekolah yang dipohon bersama-sama salinan-salinan yang diperlukan (setiap salinan WAJIB bertanda tangan Pegawai Kerajaan Gred A / Ketua Kampung. Sila hantar borang manual ke sekolah yang dipohon untuk urusan seterusnya.

2. Bagi ibubapa yang tiada penyata pendapatan, sila cetak dan isi Borang Pengesahan Pendapatan yang disertakan bersama-sama makluman ini.
Sila dapatkan cop pengesahan dan hantar bersama-sama borang permohonan.

3. Kegagalan menghantar borang manual (termasuk pendaftaran atas talian), borang tidak lengkap, borang yang diragui kesahihannya, tulisan tidak jelas, secara automatik akan di kira TIDAK BERJAYA.

4. Serahan perlu dibuat di pondok jaga (pintu pagar utama sekolah). Masukkan borang permohonan (borang diisi kedalam sampul surat bersaiz A4) ke dalam kotak yang disediakan. Serahan borang boleh dibuat bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

5. Tarikh akhir serahan borang secara manual adalah pada pukul 5 petang pada 30 Jun 2021. Selepas dari tarikh ini, pihak kami tidak akan menerima sebarang permohonan lagi.

Harap maklum.
Terima kasih atas kerjasama semua.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Cikgu Linda 0122126400
Cikgu Rohaizan 0132650660

 
 
Blogger Templates