Social Icons

Sample Text

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

INFORMASI SEKOLAH

PENGESAHAN TAHUN 1 SESI 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman kepada ibu bapa / penjaga yang membuat pendaftaran anak bagi Tahun 1 sesi 2019, tuan puan bolehlah menghadirkan diri ke pejabat SK Leftenan Adnan untuk membuat pengesahan Pendaftaran Tahun 1 bermula bulan Ogos 2018.

Tuan puan perlu hadir ke pejabat dengan membawa :-
1) Surat beranak original
2) Borang senarai semak yang telah lengkap berserta dokumen berkaitan yang diminta (seperti contoh di bawah)
3) Borang lampiran 1 ( BMM / SMM / 06 ) yang telah lengkap diisi.
4) Surat pengesahan penempatan (pilihan ibu bapa samada untuk mencetak atau tidak)
5) Borang pengakuan pendapatan bagi ibu bapa  / penjaga yang tiada slip gaji sahaja (seperi contoh di bawah)

Untuk makluman, borang senarai semak dan lampiran 1 ( BMM / SMM / 06 ) dalam proses pengeposan ke rumah tuan puan. 

Selain itu, tuan puan juga boleh menggunakan inisiatif lain iaitu dengan memuat turun sendiri borang-borang tersebut untuk diisi:-


* Sila hantar permohonan tuan/puan sebelum 30 September 2018. Sekian terima kasih.


  CONTOH BORANG SENARAI SEMAK


 CONTOH BORANG LAMPIRAN 1 ( BMM / SMM / 06 )



CONTOH BORANG PENGAKUAN PENDAPATAN BAGI IBU BAPA / PENJAGA YANG TIADA SLIP GAJI

MAKLUMAN KOKURIKULUM

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.
Makluman ko-kurikulum SK Leftenan Adnan

Tarikh : 18 Julai 2018
Hari : Rabu

Aktiviti (Indoor) :
* Persatuan / Kelab dan Permainan
* Permaina

Masa :
* 2.00 p.m - 3.00 p.m - Kelab / Persatuan
* 3.00 p.m - 4.00 p. m - permainan

Pakaian :
* Mengikut persatuan dan kelab masing-masing  - Tahun 4, 5 dan 6
* Sukan @ PJ

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

MAKLUMAN KOKURIKULUM

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.
Makluman kokurikulum SK Leftenan Adnan

Tarikh : 28 Mac 2018
Hari : Rabu

Aktiviti (Indoor) :

* 2.00 p.m - 3.00 p.m - unit beruniform
* 3.00 p.m - 4.00 p.m - permainan

Pakaian :
* Mengikut persatuan dan kelab masing-masing  - Tahun 4, 5 dan 6
* Sukan @ P.J - Tahun 3

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA IBU BAPA / PENJAGA LINUS NKRA 2.0

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.
Surat edaran ibu bapa murid linus tahun 2 dan 3 bakal diedarkan. Dijemput ibu bapa / penjaga yang menerima surat seperti di bawah untuk hadir ke program tersebut. Sekian, untuk makluman. Terima kasih.


PERMOHONAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 2019/2020

Pemohonan penempatan murid Tahun 1 ke sekolah rendah bagi tahun
*2019* dan *2020*

Pendaftaran secara online dari
*01.03.2018* hingga *30.04.2018*

Lahir *02.01.2012 hingga 01.01.2013* sesi *2019*
Lahir *02.01.2013 hingga 01.01.2014* sesi *2020*
https://public.moe.gov.my/

Mohon kerjasama tuan puan utk war-warkan kepada rakan2 yg mempunyai anak yg lahir mengikut tarikh di atas.

@pendidik2u
www.pendidik2u.my

 
 
Blogger Templates