Sample Text

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

INFORMASI SEKOLAH

Info SK Leftenan Adnan terkini 2016

Tuesday, October 13, 2015

MAKLUMAN SEKOLAH

Berikut adalah disenaraikan peristiwa atau perkara-perkara yang akan berlangsung di sekolah sehingga tamat sesi persekolahan tahun 2015.

1. Sekolah Ganti Sempena Cuti Hari Raya Aidil Fitri :-

Tarikh : 10/10/2015 (Sabtu)

Jadual : Jadual Waktu Hari Rabu

Sasaran : Semua murid mengikuti sesi persekolahan seperti biasa

Balik : 12.30 tgh ( sesi pagi ), 5.30 ptg ( sesi petang )

 

2. Penilaian / Peperiksaan Akhir Tahun :-

2.1 Tarikh : 13/10/2015 (Selasa)

Subjek : Bahasa Arab dan Jawi

Sasaran : Murid Tahun 1 - 5

2.2 Tarikh : 19/10 – 23/10/2015 (Isnin - Jumaat)

Jadual : Akan diedarkan

Sasaran : Murid Tahun 1 – 6

 

3. Karnival Cha-Ching Anjuran 1 Bestari Net :-

Tarikh : 29/10/2015 ( Khamis )

Pakaian : Baju Sukan Sekolah

Tempat : Padang SK Leftenan Adnan

Sasaran : Semua Murid Tahun 1 – 6

 

4. Kembara Tunas Leftenan Adnan Ke Bukit Chandu, Singapura :-

Tarikh : 02 - 03/11/2015 (Isnin - Selasa)

Sasaran : Murid dan guru yang terlibat

Tujuan : Melawat tempat terkorbannya Leftenan Adnan

 

5. Sambutan Hari Kanak-Kanak ;-

Tarikh : 06/11/2015 (Jumaat)

Masa : 7.30 pagi – 12.30 tgh

Sasaran : Murid Prasekolah dan Murid Tahun 1 – 6

( Semua murid hadir ke sekolah pada waktu pagi )

 

6. Majlis Anugerah Cemerlang Akademik :-

Tarikh : 13/11/2015 (Jumaat)

Masa : 7.30 pagi – 12.30 tgh

Sasaran : Murid yang terpilih untuk menerima hadiah bersama ibu bapa dan murid-murid yang

membuat persembahan.

* Tertakluk kepada pindaan.

 

7. Sambutan 100 Tahun SK Leftenan Adnan :-

Tarikh : 19, 20 & 21 / 11 / 2015 (Khamis, Jumaat & Sabtu)

8.1 19/11/2015 - Forum Perdana ( 8.30 – 10.30 malam )

8.2.1 20/11/2015 - Pameran ( 8.00 pagi – 1.00 ptg )

8.2.2 20/11/2015 - Makan Malam Gemilang ( 7.40 – 10.30 malam )

*( Jualan meja )

8.3 21/11/2015 - Majlis Penutup

( Pesta Jualan, Pameran, Permainan, Persembahan dan Pameran

dari RAMD )

* Jualan meja adalah seperti berikut :-

~ RM 3000.00, RM 2000.00, RM 1000.00, RM 500.00 dan RM 300.00

~ RM 50.00 dibuka kepada ibu bapa dan bekas murid SKLA yang belajar di SMK dan Pusat Pengajian

Tinggi.

~ RM 30.00 dibuka kepada murid SKLA berumur 6 – 12 tahun.

*Yang berminat untuk menderma darah pada program Sambutan 100 tahun boleh berhubung

dengan pihak sekolah / Puan Jamaliah. Pihak sekolah SKLA perlu seramai 40 orang penderma darah.

 

8. Ujian Diagnostik Untuk Murid Tahun 1 Sesi 2016 Bagi Menentukan Tahap Kebolehan Dan Kedudukan Kelas.

Tarikh : 23/11/2015 (Isnin)

Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi

Tempat : Kelas Tahun 1

Pakaian : Pakaian seragam Prasekolah 2015 / Pakaian formal dan membawa alat tulis.

 

9. Program Orientasi Tahun 1, 2016

Tarikh : 31/12/2015 (Khamis)

Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Dewan SKLA / Kelas Tahun 1

Pakaian : Pakaian seragam sekolah lengkap dan membawa alat tulis.

 

10. Murid Tahun 6, 2015

Minta kerjasama ibu bapa / penjaga murid tahun 6 dapat memastikan anak-anak hadir ke sekolah sehingga minggu akhir persekolahan agar mereka tidak ketinggalan maklumat penempatan Tingkatan 1 (2016).

 

11. Pendaftaran dan Orientasi Prasekolah

Tarikh : 23/11/2015 (Isnin)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Prasekolah

Pakaian : Pakaian formal / kemas dan membawa pensil warna / alat tulis.

 

12. Pemulangan Buku Teks akan diadakan pada 2, 3, 4 dan 5/11/2015. Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga memastikan buku teks anak tuan/puan cukup jumlahnya. Buku yang hilang boleh dibayar dalam bentuk wang tunai kepada sekolah / guru SPBT.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

PENGIKUT

BILANGAN PENONTON

Blog Archive

Popular Posts

 
Blogger Templates