Sample Text

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

INFORMASI SEKOLAH

Info SK Leftenan Adnan terkini 2016

Monday, September 29, 2014

MAKLUMAN SEKOLAH

Perkara tersebut di atas adalah dirujuk dan sila ambil tindakan segera kepada yang berkaitan.

1. Semua Ibu Bapa Murid SKLA

Tag label VLE FROG telah dilekatkan pada beg sekolah anak tuan / puan. Pada tag label tersebut mengandungi ID dan Password murid, ibu dan bapa. Sila akses laman berkenaan dan pantau proses pembelajaran dan pengajaran anak-anak. Tuan/puan diberikan akses percuma sebanyak 200 megabite.

2. Semua Ibu Bapa Murid Tahun 6 - UPSR

Peperiksaan UPSR akan diadakan pada 9/10/11 September 2014. Dicadangkan agar ibu bapa / penjaga mengambil cuti jika berkesempatan untuk bersama mengiringi anak ke bilik peperiksaan. Pihak sekolah akan mengadakan program bacaan Yassin bersama ibu bapa pada sebelah pagi 9 September 2014.

3. Situasi Kesihatan Semasa

Pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa terutama Tahun 6 agar dapat memastikan kesihatan anak-anak terjaga dengan baik, sihat dan makan makanan berkhasiat menjelang UPSR . Dalam keadaan sekarang ramai murid dijangkiti demam campak dan sakit mata. Jika anak calon UPSR sila pastikan kehadiran.

4. Permohonan Sekolah Berasrama Penuh

Permohonan secara online Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015 telah dibuka mulai 01 September 2014 hingga 15 Oktober 2014. Ibu bapa / penjaga wajib mencetak dan menghantar dokumen sokongan yang telah disahkan kepada guru kelas. Laman web permohonan SBP / Sekolah Kawalan :- http://public.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my

5. Kawalan Pergerakan Murid

Mohon kerjasama ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan sila ambil cakna pergerakan mereka. Tujuannya untuk membasmi kes murid ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa / guru.

6. Alatan Mainan Merbahaya

Mohon kerjasama ibu bapa / penjaga sentiasa mengawasi dan ambil tahu alatan mainan berbentuk senjata api tiruan yang dibeli oleh anak-anak di luar. Alat mainan ini dibawa ke sekolah dan membahayakan keselamatan murid-murid lain. Terdapat seorang murid yang mengalami kecederaan serius akibat tembakan alatan mainan ini.

Harap Maklum.

Sekian terima kasih.

 

PENGIKUT

BILANGAN PENONTON

Blog Archive

Popular Posts

 
Blogger Templates