Sample Text

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

INFORMASI SEKOLAH

Info SK Leftenan Adnan terkini 2016

Thursday, November 14, 2013

MAKLUMAN PERSEKOLAHAN SESI 2014

Cuti Penggal Akhir Persekolahan Tahun 2013

Cuti Akhir tahun bagi persekolahan sesi 2013 akan bermula pada 16 November 2013 (Sabtu) sehingga 01 Januari 2014 (Rabu). Sila pastikan proses pembelajaran anak-anak di rumah berjalan sebagaimana yang dikehendaki oleh tuan/puan.

 

Hari Anugerah Kecemerlangan 2013

Tarikh : 16 November 2013

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga murid yang menerima hadiah / penghargaan dan terlibat dengan persembahan akan diedarkan.

 

Penempatan Murid Tingkatan 1/ 2014

Murid Tahun 6 2013 telah ditempatkan di sekolah-sekolah menengah yang telah ditetapkan. Semua urusan pendaftaran,bayaran dan pertukaran perlu dibuat di sekolah menengah berkenaan bermula 11 hingga 23 November 2013

 

Pelantikan Pengawas Sekolah, PSS dan PRS

Surat Pelantikan telah pun diedarkan kepada murid-murid terpilih. Ibu bapa / penjaga perlu menyediakan uniform yang telah ditetapkan. Sila beri perhatian mengenai warna uniform dan rujuk kepada guru berkenaan

 

Hari Orientasi Tahun 1

Tarikh : 31 Disember 2013

Hari : Selasa

Masa : 8.00 pagi

Keperluan : Bawa bersama alat tulis dan pensil warna

Semua ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 sesi 2014 dijemput hadir bersama dengan anak ke majlis berkenaan.

 

Jualan Kedai Buku Sekolah

Kedai buku sekolah akan mula dibuka pada 18 November 2013 (Isnin) yang menyedia dan menjual pelbagai keperluan persekolahan. Senarai buku dan keperluan persekolahan 2014 boleh didapati dari Kedai Buku Sekolah.

 

Hari Pertama Persekolahan 2014

Persekolahan hari pertama sesi 2014 ialah pada tarikh 02 Januari 2014 (Khamis). Sila pastikan anak-anak hadir dan semua persediaan persekolahan telah dilaksanakan dengan sempurna.

 

Sumbangan PIBG 2014

Sumbangan setiap ibu bapa / penjaga RM50.00 sahaja dan tidak mengambil kira bilangan anak. Sumbangan ini sangat perlu dilunaskan oleh setiap ibu bapa / penjaga untuk membolehkan PIBG menjalankan aktivitinya membantu sekolah.

 

PENGIKUT

BILANGAN PENONTON

Blog Archive

Popular Posts

 
Blogger Templates