Social Icons

Sample Text

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

INFORMASI SEKOLAH

UJIAN FASA 1 / LINUS 2.0 / KELAS TAMBAHAN / MENTOR MENTEE

  • Ujian Fasa 1 bagi tahap 2 iaitu tahun 4, 5, dan 6 bermula dari 11hb Mac hingga 13hb Mac 2013.
  • Saringan 1 lisan bermula 11hb Mac hingga 19hb Mac bagi murid tahap 1 iaitu tahun1, 2, dan 3 (literasi dan numerasi)
  • Kelas tambahan bagi tahun 6 sudah bermula.
  • Program “Menggapai Bintang” (Mentor Mentee) peringkat sekolah akan bermula dengan rasminya pada 18hb Mac 2013. Perasmian program ini adalah secara simbolik dan dirasmikan oleh Guru Besar SK Leftenan Adnan, En. Sabarudin b. Abu Bakar. Program ini menyaksikan penyerahan murid LINUS kepada guru LINUS.

PENDAFTARAN TAHUN 1 ONLINE

ASSALAMUA’LAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga, PENDAFTARAN TAHUN 1 2014 sudah bermula. Ibu bapa / penjaga hendaklah mengisi borang online di laman web http://apps.moe.gov.my/esppsel/ atau membuat carian google dengan menaip “Pendaftaran tahun satu online”. Sila cetak borang yang siap diisi dan bawa ke sekolah bersama dokumen-dokumen yang diminta (original dan fotostat).
1. Sijil lahir Anak / Sijil Anak Angkat
2. Bil Utiliti (Bil Air/ Elektrik/ Telefon)
3. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Taraf Warganegara)
4. Surat nikah / Surat Perakuan Pendaftaran Perkahwinan / Surat Cerai/ Sijil Kematian (ibu bapa / penjaga)
5. Penyata gaji terkini ibu dan bapa / penjaga (pendapatan keluarga)
6. Surat hak penjagaan anak / perintah mahkamah *jika berkaitan
7. Laporan Doktor (Kesihatan) / Kad OKU (Anak) *jika berkaitan
8. Sampul Surat beralamat sendiri (4x9) beserta setem (80sen) sebanyak 2 keping.
 
 
Blogger Templates