INFORMASI SEKOLAH
BAHANG HARI KEUSAHAWANAN SKLA 2012
Tahniah dan Syabas
Olahragawan: Luqman b. Mohd Hoszaini
Olahragawati: Nur Farah Husnina bt. Mat Azmi
Tahniah dan syabas kepada Olahragawan dan Olahragawati Sukan SKLA 2012 dan Juara Keseluruhan Rumah Sukan bertepatan dengan MOTO Perdana NO. 1… Menjadi adat setiap pertandingan pasti ada yang kalah dan menang. Semoga SUKAN SKLA bertambah maju dan berdaya saing… SYABAS DAN TAHNIAH sekali lagi.
SURAT MAKLUMAN
PEPERIKSAAN UPSR 2012
Peperiksaan UPSR bagi tahun 6 akan bermula :- |
TARIKH : 11 – 13 SEPTEMBER 2012 |
HARI : SELASA – KHAMIS |
Pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan bagi memastikan kesihatan anak-anak terjamin menjelang peperiksaan. |
Sempena peperiksaan UPSR, murid akan direhatkan pada :- |
TAHAP 1 : 7 SEPTEMBER 2012 (JUMAAT) |
TAHAP 1 & 2 : 10 – 13 SEPTEMBER (ISNIN – KHAMIS) |
Murid-murid akan kembali bersekolah pada 14 September 2012 (Jumaat) |
CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 1433H DAN CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN
Makluman kepada semua, sempena Hari Raya Aidilfitri, sekolah akan bercuti mulai 16 Ogos 2012 (Khamis) sehingga 26 Ogos 2012 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012 (Isnin). Harap maklum. |
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
TARIKH : 15 OGOS 2012 |
HARI : RABU |
SASARAN : SEMUA MURID |
MASA : 7.30 a.m – 11.45 a.m |
Semua murid sesi petang dikehendaki hadir ke sesi pagi manakala murid-murid bukan beragama islam direhatkan pada tarikh tersebut. |
WINDOWS 8 RELEASE PREVIEW
Perkembangan os komputer terkini daripada microsoft windows telah hampir lengkap. Dapatkan os secara percuma selagi ia dalam tempoh sehingga bulan 10. Dapatkan upgrade selepas bulan 10 dengan harga yang menawan. Kini dalam Version Release preview yang mana sebelum ini consumer preview. Cubalah… Anda Pasti Terpikat dengan KEHEBATANNYA.
PENUTUPAN KANTIN SEKOLAH
Dimaklumkan kepada semua ibu bapa / penjaga dan murid-murid SK Leftenan Adnan, kantin sekolah akan ditutup sepanjang Bulan Ramadhan. |
Marilah bersama-sama mengerjakan puasa dan meningkatkan amal ibadah kita sepanjang bulan yang mulia lagi barakah ini. |
PENGESAHAN MURID TAHUN 1 2013
Pengesahan murid tahun 1, 2013 SK Leftenan Adnan boleh dilakukan pada :- |
TARIKH : SEPANJANG BULAN OGOS 2012 |
HARI : ISNIN – JUMAAT |
MASA : 8.00 a.m – 4.30 p.m (WAKTU PEJABAT) |
TEMPAT : PEJABAT SK LEFTENAN ADNAN |
SUMBANGAN DERMA
Unit HEM SKLA memohon jasa baik semua warga sekolah untuk menyumbang derma sempena Hari Raya Aidil Fitri 1433H untuk didermakan kepada murid miskin / yatim / piatu. |
Sumbangan ikhlas boleh diserahkan melalui guru-guru kelas selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 OGOS 2012. |
PEMERIKSAAN GIGI, CERAMAH PENJAGAAN GIGI DAN RAWATAN GIGI
UJIAN FASA 2
Pada minggu ini, pihak sekolah akan mengadakan ujian FASA 2 kepada murid- murid seperti yang berikut :- |
TARIKH UJIAN : 24 – 26 JULAI 2012 |
MURID TAHUN : 3 - 6 |
SEMOGA BERJAYA !! |
SESI BERSAMA KARANGKRAF
SK Leftenan Adnan akan menerima kunjungan dari Kumpulan Media Karangkraf pada 2.8.2012 jam 9.30 pagi – 4.30 petang. |
Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah seperti :- |
1. JUALAN BUKU-BUKU |
2. AKTIVITI BERSAMA PENULIS |
3. AKTIVITI BERSAMA MAJALAH EBACA & BINTANG KECIL |
4. AKTIVITI MEWARNA TAHAP 1 |
Marilah bersama-sama kita menjayakannya.. |
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Kami dari unit ICT SKLA mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga amal ibadah kita diterima dan mendapat barakah daripadaNya. Amin..
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2012
Untuk maklumat dan info yang lebih lanjut sila layari http://lapskj-guru.blogspot.com/ |
MINGGU PUSAT SUMBER 2012
Untuk maklumat dan info yang lebih lanjut sila layari http://lapskj-pss.blogspot.com/ |
PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR
TAHNIAH !!!!!
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH (SEKOLAH RENDAH)
BORANG KEMASUKAN PRA SEKOLAH 2013
Assalamua'laikum.. Kepada ibu bapa yang ingin memohon bagi kemasukan pra sekolah sesi 2013, anda bolehlah mengambil borang pendaftaran di pejabat atau di Pra Sekolah SK Leftenan Adnan. Terima kasih. |
BORANG REKOD PERALATAN
PEMERIKSAAN KESIHATAN
Untuk makluman semua, pemeriksaan kesihatan bagi murid Tahun 1 akan dijalankan di SK Leftenan Adnan :- TARIKH : 12 JUN – 15 JUN 2012 WAKTU : BERMULA JAM 2 PETANG TEMPAT : BILIK KESIHATAN SKLA PEGAWAI PERUBATAN : KLINIK KESIHATAN SG CHUA |
Jamuan Raja Permaisuri Agong ke-14
Memori Terindah SK Leftenan Adnan Di dalam Jamuan Mesra Kanak-kanak bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tahniah diucapkan atas penglibatan.
LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN LEFTENAN ADNAN
[00:09.63]Di Sini Tempatnya Menuntut Ilmu [00:14.22]Bekalan Di Masa Hadapan [00:18.82]Panduan Bimbingan Ajaran Guru [00:23.54]Sentiasa Kami Harapkan [00:28.17]Marilah Semua Rakan Dan Taulan [00:32.86]Mengharum Nama Sekolah [00:37.51]Bidang Pelajaran Juga Permainan [00:42.17]Bersama Kita Jayakan [00:46.84]Itulah Harapan Dan Juga Impian [00:51.41]Yang Mesti Kita Laksanakan [00:56.06]Semoga Sejarah Tidak Melupakan [01:00.76]Sekolah Leftenan Adnan |
AlumniSKLA
Pengumuman!!!. SK Leftenan Adnan kini telah menubuhkan dengan RASMInya AlumniSKLA di alamat ini.
http://www.facebook.com/pages/AlumniSKLA/186077121505663
Ianya ditubuhkan untuk menyatupadukan kembali pelajar-pelajar demi kebaikan SK Leftenan Adnan… Bersama Kita Jayakannya.