INFORMASI SEKOLAH
JADUAL GAJI 2012
Semak senarai bagi jadual gaji pembayaran kakitangan awam 2012 di bawah ini . Pihak Akauntan Negara Malaysia (AMN) akhirnya telah mengeluarkan surat pekeliling jadual pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2012.
Bulan | Tarikh | Catatan |
Januari | 16 Januari 2012 Isnin | Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012 |
Februari | 23 Februari 2012 Khamis | |
Mac | 22 Mac 2012 Khamis | |
April | 25 April 2012 Rabu | |
Mei | 23 Mei 2012 Rabu | Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012 |
Jun | 25 Jun 2012 Isnin | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012 |
Julai | 25 Julai 2012 Rabu | |
Ogos | 13 Ogos 2012 Isnin | Hari Raya Puasa19 & 20 Ogos 2012 |
September | 25 September 2012 Selasa | |
Oktober | 22 Oktober 2012I Isnin | Hari Raya Haji 26 Oktober 2012 |
November | 6 November 2012 Selasa | Deepavali 13 November 2012 |
Disember | 18 Disember 2012 Selasa | Hari Krismas 25 Disember 2012 |
Diharap dengan jadual gaji kakitangan awam 2012 yang ada ini dapat membantu anda merancang bajet dan perbelanjaan yang sepatutnya. Sekarang kos sara hidup semakin meningkat. Jadi cara berbelanja juga kena lebih berhemah.
UPSR 2011 SK LEFTENAN ADNAN
PENDAFTARAN DAN PENGAMBILAN UKURAN BAJU MURID PRA 2012
Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga. Kepada anak-anak tuan puan yang telah mendapat kelulusan untuk memasuki pra sekolah SK Leftenan Adnan 2012, sila hadir ke pra sekolah SK Leftenan Adnan seperti berikut :- |
TARIKH : 22 NOVEMBER 2011 |
HARI : SELASA |
TEMPAT : PRA SEKOLAH SKLA |
MASA : 8 PAGI – 12 TGHARI |
PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2012
Pihak sekolah akan menyampaikan pemberian seperti di atas sebanyak RM100.00 seperti yang diwartakan oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, pemberian wang tersebut akan disampaikan secara tunai. Berikut adalah butiran pemberian :- |
a) 18 November 2011 (jumaat) : Tahun 1, 2, dan 3 10.00 pg – 12.00 tgh |
b) 21 November 2011 (Isnin) : Tahun 4 dan 5 10.00 pg – 1 ptg |
c) Hanya ibu bapa atau penjaga sahaja yang dibenarkan mengambil wang tersebut. |
d) Sila bawa bersama satu salinan Sijil Kelahiran Murid ketika mengambil wang tersebut. |
Sekian terima kasih. |
SISTEM SEMAKAN ONLINE PEPERIKSAAN KHAS UNTUK IBU BAPA
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS telah mulai stabil dan boleh digunakan bagi kegunaan ibu bapa bagi menyemak dan mendapatkan keputusan setiap peperiksaan di sekolah. Oleh yang demikian ibu bapa boleh melayari laman web yang tertera. http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php |
Semoga bidang keberhasilan negara ini dapat memudahkan lagi proses di dalam sistem pendidikan negara.
NEW IN SKLAKJ
SK Leftenan Adnan telah mewujudkan satu lagi blog yang dikenali sebagai www.sklakj.wordpress.com .
Ianya diwujudkan atas dasar menceburi beberapa teknologi modern yang kian membangun dan menjadikan SK Leftenan Adnan dikenali serta menjadi sumbangan atas pengorbanan perjuang yang berjasa agar jasanya tetap dikenang buat selamanya.
SHARING YOUR INTERNET BROADBAND EASIER
PERTANDINGAN MEMBINA BAHAN MENGGUNAKAN PERISIAN POWERPOINT
CERAMAH PERSEDIAAN AWAL REMAJA
TARIKH : 6 OKTOBER 2011 |
JEMPUTAN DARI PRA SEKOLAH
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2011
* Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://lapskj-bk.blogspot.com/ |
MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID KALI KE 2
TARIKH : 21 SEPTEMBER 2011 |
AGENDA : |
1. Ucapan pengerusi majlis 2. Bentang minit mesyuarat kali pertama. 3. Laporan unti-unit HEM. 4. Program di bawah unit HEM belum dijalankan. 5. Perancangan unit HEM 2012. 6. Hal-hal lain. |
BENGKEL PENGISIAN UPSR 2011
* Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://lapskj-bk.blogspot.com/ |
TAKLIMAT BENGKEL PENGISIAN & AKTIVITI SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR & PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 2011
TARIKH : 8 SEPT 2011 HARI : KHAMIS WAKTU : 12.30 TGHARI TEMPAT : BILIK MESYUARAT |
KEHADIRAN SEMUA GURU WAJIB HADIR. GURU YANG TERLIBAT SEBAGAI PENGAWAS PEPERIKSAAN UPSR ADALAH DIKECUALIKAN. |
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM, MISKIN DAN MURID SKLA
Dimaklumkan majlis di atas akan diadakan pada :- |
TARIKH : 26 OGOS 2011 HARI : JUMAAT SASARAN : SEMUA MURID MASA : 7.30 PAGI – 11.30 PAGI |
Semua murid sesi petang dikehendaki hadir ke sesi pagi manakala murid-murid bukan islam direhatkan pada tarikh itu. |
Untuk maklumat lanjut boleh layari http://lapskj-guru.blogspot.com/ |
PERTUKARAN GURU JANUARI 2012
Makluman kepada semua guru. Pertukaran Guru Antara Negeri/Daerah Januari 2012 melalui e-GTukar akan dibuka pada 1-30 September 2011. Borang pertukaran yang telah dicetak, satu salinan hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah untuk dihantar ke PPDHL pada atau sebelum 3 Oktober 2011. Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan. Sekian terima kasih. |
TEMASYA SUKAN SK LEFTENAN ADNAN 2011
JADUAL BERGAMBAR 2011
Unit ICT akan menganjurkan sesi fotografi bagi warga SK Leftenan Adnan. Kumpulan terlibat, tarikh dan masa boleh rujuk jadual di bawah. |
BIL | KUMPULAN | TARIKH/MASA |
1. | a. Pengawas Sekolah – Sesi pagi/petang b. Pengawas PSS - Sesi pagi/petang c. PRS d. Briged Siber e. Ketua dan Penolong Ketua Kelas | Isnin (27 Jun) 8.30 – 9.15 pg 4.00 – 5.15 ptg |
2. | Kelas Tahun 6 / Tahun 3 | Selasa (28 Jun) 8.00 – 10.00 pg 4.00 – 6.00 ptg |
3. | Unit Beruniform a. Pengakap b. Puteri Islam c. PBSM d. TKRS | Rabu (29 Jun) 8.00 – 10.00 pg |
4. | Kelas Tahun 5 / Tahun 2 | Khamis (30 Jun) 8.00 – 10.00 pg 4.00 – 6.00 ptg |
5. | Kelas Tahun 4 / Tahun 1 | Jumaat (1 Julai) 8.00 – 10.00 pg 4.00 – 6.00 ptg |
6. | Kelab Dan Persatuan | Sabtu Hari Ko-ko 8.00 – 10.00 pg |
PROGRAM MENANGANI GEJALA SOSIAL & ANTI BULI 2011
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Leftenan Adnan telah menganjurkan Program Menangani Gejala Sosial Dan Anti Buli bagi mendedahkan murid-murid tentang isu-isu negatif dan tidak bermoral yang berlaku pada masyarakat zaman sekarang terutamanya remaja. |
TARIKH : 14 JUN 2011 |
HARI : SELASA |
TEMPAT : DEWAN SKLA |
KUMPULAN SASARAN : SEMUA MURID TAHAP 2 (TAHUN 4,5 & 6) |
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://lapskj-bk.blogspot.com/ |
PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahniah kepada skuad kawad kaki SKLA (TKRS) mewakili daerah Hulu Langat ke pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri yang telah mendapat tempat ke-3 daripada 10 daerah. Diharap semua murid-murid SKLA akan dapat meneruskan perjuangan di tahun akan datang dan memperoleh kejayaan, insyaAllah.. |
Tarikh Pertandingan : 19 Mei 2011 Tempat Pertandingan : Stadium Sg Besar, Sabak Bernam Masa Pertandingan : 8.00 pg – 5.00 ptg Kejuaraan : Tempat ke-3 |
SAMBUTAN HARI GURU 2011
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://lapskj-guru.blogspot.com/ |
SENAMROBIK MINGGUAN
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2011
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://lapskj-bk.blogspot.com/ |
SEMAKAN PERMOHONAN PPG
MAKLUMAN KEPADA GURU YANG MEMOHON PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG), KINI ANDA BOLEH MENYEMAK DI LAMAN WEB DI BAWAH.
http://apps.moe.gov.my/kdp/ppgtawar/
MASUKKAN IC ANDA DAN BOLEH MENGETAHUI LEBIH LANJUT.
KLIK UNTUK MENCETAK SURAT KELULUSAN BELAJAR DAN SURAT TAWARAN PEMBIAYAAN
PERMATA PINTAR NEGARA 2011
PENGUMUMAN….
Perhatian kepada murid-murid SKLA dari darjah 3 hingga 6, inilah masanya anda membuktikan bahawa anda adalah antara murid-murid yang berbakat. Sertailah program Permata Pintar ini. Semoga anda berjaya dalam ujian anda.
UJIAN UKM1 PERMATApintar BAGI TAHUN 2011
KINI BERMULA
Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Feb. 2011 hingga 30 April 2011. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
- Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
- Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8 tahun sahaja)
- PPMT PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas.
PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2012 DAN 2013
TARIKH : 1 MAC – 30 APRIL 2011 |
HARI BERURUSAN : ISNIN - JUMAAT |
MASA BERURUSAN : 8.00 PAGI – 4.00 PETANG |
TEMPAT : PEJABAT SEKOLAH |
SYARAT PERMOHONAN :- |
Kelahiran pada 02.01.2005 – 01.01.2006 (sesi persekolahan 2012) |
Kelahiran pada 02.01.2006 – 01.01.2007 (sesi persekolahan 2013) |
NOTA :- |
1. Permohonan haruslah dibuat secara online dengan melayari laman web Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor atau laman web Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat www.ppdhl.net dan cetak maklumat yang dikehendaki. |
2. Ibu bapa perlu membuat perakuan permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan secara online. Bawa bersama senarai semak cetakan penyata maklumat permohonan. |
3. Sila bawa bersama :- |
a) Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat |
b) Bukti alamat tempat tinggal (bil air / bil elektrik) |
c) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga |
d) Sampul surat putih bersaiz 4x9 (115cm X 245cm) dan setem 70 sen. |
SEMAKAN TAWARAN PPG 2011
Warga SKLA mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam pendidikan. Semoga berjaya.
Semakan boleh dibuat di alamat yang tertera:
HARI KOKURIKULUM 12 FEBRUARI 2011
Pada ketetapan berikut, hari kokurikulum berjalan seperti biasa. Diharap guru dan murid-murid akan menjalankan tanggungjawab masing-masing. Berikut adalah ketetapannya.
TARIKH : 12 FEBRUARI 2011
HARI : SABTU
MASA : 7:40 AM– 12:30 PM
TEMPAT : SK LEFTENAN ADNAN
MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
Makluman kepada semua guru Pendidikan Seni Visual. Satu mesyuarat panitia akan dijalankan pada ketetapan berikut:
TARIKH : 10 FEBRUARI 2011
HARI : KHAMIS
MASA : 12:40 PM
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKLA
PETA PPD HULU LANGAT KE SK LEFTENAN ADNAN
Peta di atas menunjukkan perjalanan dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat ke Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan hasil dari carian google map.
Anda juga boleh terus mencari menggunakan google map dengan keyword Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan.
MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 (2011)
Untuk maklumat lanjut sila layari http://lapskj-kuri.blogspot.com/ |
WIKIPEDIA.ORG UNTUK SKLA.
Pengumuman kepada semua warga SK Leftenan Adnan. AJK SKLA telah pun memasukkan beberapa maklumat terbaru kedalam wikipedia.org agar SK Leftenan Adnan dapat dikenali ramai yang sekaligus masyarakat akan tahu bahawa wujudnya sekolah sejarah seperti ini di Malaysia bagi mengenang jasaya Leftenan Adnan B. Saidi. Seorang pejuang yang disegani. Semoga Allah merahmati rohnya. amin.
Anda boleh terus melawat ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Leftenan_Adnan
SELAMAT KEMBALI SEMUA WARGA SKLA
AJK SKLA mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Semoga semuanya terutama murid-murid akan dapat mempunyai semangat baru untuk meneruskan pembelajaran di sekolah tercinta ini. AJK SKLA berdoa agar semua murid dapat belajar dalam keadaan aman dan damai. SELAMAT KEMBALI MENERUSKAN PERJUANGAN.
Jangan lupa kepada sesiapa yang masih belum siapkan kerja rumah. AJK SKLA mengharapkan anda bersedia dari semua aspek. Apa yang pasti, esok perhimpunan akan kita bertemu dengan penuh semangat belajar yang baru.
ALLAH memberkati kita semua. Amin.
TEMA HARI GURU 2011
Email = wan.huzaini@moe.gov.my Faks = 03-88844192 Telefon : 03-88844128/012-9786952 - EN. WAN HUZAINI (Penolong Pengarah Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan, JNJK) |
PENGUMUMAN DAN MAKLUMAN.
BKGK dan seluruh warga SKLA mengucapkan ucapan TAKZIAH kepada keluarga En. Noor Ahmad Kamal atas pemergian ibunya pada hari ini. Kami semua mendoakan semoga rohnya dirahmati dan di tempatkan bersama orang orang yang bertaqwa. Amin. PS. JENAZAH AKAN DISEMBAHYANGKAN DI MASJID JAMIK SG. RAMAL. SELEPAS ASAR. HARAP MAKLUM. |
"Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo''akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya" (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa''i dan Ahmad).
MESYUARAT AJK BKGK (MAJLIS PERSARAAN)
TARIKH : 24.01.2011
HARI : ISNIN
MASA : 12:30 TGHARI
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH
KEHADIRAN : AJK INDUK BKGK SAHAJA
RUMAH SUKAN 2011
PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU SK LEFTENAN ADNAN. |
Senarai nama guru bagi setiap rumah sukan boleh disemak melalui laman web http://lapskj-koku.blogspot.com/ |
MERAH (INSPIRA) | BIRU (EXORA) |
KUNING (PERSONA) | HIJAU (PERDANA) |
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2011
PROGRAM MAJU DIRI 2011
TARIKH : 17 – 21 JANUARI 2011 TEMPAT : DEWAN SK LEFTENAN ADNAN SASARAN : MURID-MURID TAHUN 4, 5 & 6. Pada minggu ini akan diadakan Program Maju Diri (PMD) bagi tahun 2011. Pelbagai aktiviti diadakan dan ramai guru terlibat dalam menjayakan program PMD ini. Jutaan terima kasih diucapkan pada guru-guru dan murid-murid yang terlibat. Semoga program PMD ini berjalan dengan lancar, amin. * Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://lapskj-bk.blogspot.com/ |